Ceramah Ustaz Azhar Idrus Cecah 28 Ribu Atas Talian



Ceramah Ustaz Azhar Idrus
Ceramah Ustaz Azhar Idrus berjaya menarik lebih 28 ribu pengunjung atas talian
eCCeramah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam Selangor yang baru sahaja berakhir (27 Mei 2012) berjaya menarik lebih dari 28 ribu penonton atas talian, tidak termasuk yang berada bersama beliau di dalam masjid.

Ustaz yang menjadi fenomena dalam kalangan anak muda membuahkan satu kejayaan besar yang dibuktikan dengan jumlah lawatan ke siar langsung di website UStream. Jumlah yang mencecah lebih 28 ribu itu membuktikan program Ustaz Azhar Idrus berjaya menarik minat bukan sahaja di kalangan warga berusia, malahan anak-anak muda yang bakal menjadi pemangkin masa depan negara.

Program yang juga sepatutnya berlangsung pada 26 Mei di Putrajaya International Convention Centre telah dibatalkan dan ramai yang beranggapan ianya demi mengelakkan pertembungan dengan program Himpunan Belia. Dilanjutkan sehari, program keagamaan masih lagi membuktikan dipilah remaja kini.

Leave a Reply